Rawang, Selangor
+6017-511.6180
mtt.rawang@gmail.com

Peneraju Pakej Umrah
Yang Dipercayai

Laksanakan perjalanan umrah anda dengan bimbingan
dan layanan mesra daripada Maghfirah Travel.

UMRAH BERSAMA MAGHFIRAH TRAVEL

12 Tahun Melayani & Membimbing Jemaah Umrah

Maghfirah Travel & Tours (MTT) telah ditubuhkan pada Oktober 2012 dan kini beroperasi di Shah Alam, Selangor dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia. MTT telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan mempunyai lesen pengembaraan dalam negeri (inbound), pengembaraan luar negara (outbound) dan ticketing. No lesen syarikat adalah KPK/LN 7493.

MUDAH, SELESA DAN LENGKAP

Pakej Umrah Terbaik di Malaysia

Maghfirah Travel memfokuskan untuk membantu seramai mungkin rakyat Malaysia untuk menunaikan umrah dan haji dengan bimbingan terbaik.

Kami menawarkan pakej Umrah dari Malaysia dengan harga berpatutan dan bimbingan penuh sepanjang perjalanan. Pelbagai pilihan pakej Umrah murah seperti pakej ekonomi, pakej premium, dan pakej keluarga disediakan untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan.

Penginapan Selesa Berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Pakej kami termasuk penginapan berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk memudahkan urusan ibadah anda.

Pilihan Pakej Umrah Ekonomi hingga Umrah Premium

Kami menawarkan pakej Umrah dengan harga berpatutan. Pelbagai pilihan pakej Umrah murah seperti pakej ekonomi, pakej premium, dan pakej keluarga disediakan untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan.

Bimbingan Penuh Sepanjang Perjalanan

Kumpulan jemaah akan dibimbing oleh Mutawwif yang berpengalaman dan bertanggungjawab menjaga kebajikan serta memberikan ilmu, pedoman dan ibrah.

Pengangkutan Selesa dan SelamatPengangkutan Selesa dan Selamat

Kami menyediakan perkhidmatan bas berkualiti tinggi bagi para jemaah untuk pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan selamat.

Panduan Lengkap untuk Persediaan Perjalanan

Kami menyediakan kursus umrah percuma dan panduan sebagai langkah-langkah persediaan untuk memudahkan perjalanan anda.

Penempahan Pakej Umrah yang Mudah dan Cepat

Kami menyediakan perkhidmatan urusan penempahan online yang mudah dan cepat. Segalanya di hujung jari anda.

Jom Umrah Bersama Maghfirah Travel

Pakej Umrah Maghfirah Travel

Pelbagai pilihan pakej Umrah murah seperti pakej ekonomi, pakej premium, dan pakej keluarga disediakan untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan.

Umrah Rayah Kayan Eco

9 Hari 7 Malam
4 Malam Mekah Rayah Kayan @setaraf ±700m
3 Malam Madinah Maysan Rehab @setaraf ±200m
Penerbangan Terus MAS
Insuran Takaful Perjalanan
* Tidak termasuk sajian

RM 5,990

Umrah Maysan Eco

9 Hari 7 Malam
4 Malam Mekah Maysan Al-Maqam @setaraf ±400m
3 Malam Madinah Maysan Rehab @setaraf ±200m
Penerbangan Terus MAS
Insuran Takaful Perjalanan
* Tidak termasuk sajian

RM 6,590

Umrah Swissotel Eco

9 Hari 7 Malam
4 Malam Mekah Swissotel Makkah @setaraf ±80m
3 Malam Madinah Maysan Rehab @setaraf ±200m
Penerbangan Terus MAS
Insuran Takaful Perjalanan
* Tidak termasuk sajian

RM 7,990

Umrah Ajyad Lengkap + Taif

12 Hari 10 Malam
5 Malam Mekah Mira Ajyad @setaraf (Fullboard) ±350m
4 Malam Madinah Grand Plaza @setaraf (Fullboard) ±100m
1 Malam Taif Orient Hotel @setaraf (Fullboard)
Penerbangan Terus MAS
Insuran Takaful Perjalanan

RM 8,390

Umrah Menara Jam Swissotel + Taif

12 Hari 10 Malam
5 Malam Mekah Swissotel Makkah @setaraf (Breakfast) ±80m
4 Malam Madinah Grand Plaza @setaraf (Fullboard) ±100m
1 Malam Taif Orient Hotel @setaraf (Fullboard)
Penerbangan Terus MAS
Insuran Takaful Perjalanan

RM 9,590

Umrah Menara Jam Premium + Taif

12 Hari 10 Malam
5 Malam Mekah Fairmont Clock Tower @setaraf (Breakfast) ±80m
4 Malam Madinah Grand Plaza @setaraf (Fullboard) ±100m
1 Malam Taif Orient Hotel @setaraf (Fullboard)
Penerbangan Terus MAS
Insuran Takaful Perjalanan

RM 11,490

Kepercayaan Anda, Amanah Kami

Di Maghfirah Travel, kami memahami betapa pentingnya perjalanan Umrah sebagai ibadah yang penuh makna dalam hidup setiap jemaah. Sebab itulah kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik, memastikan setiap langkah perjalanan selesa, teratur, dan diberkati.

Sebagai syarikat yang berpengalaman dalam pengurusan Umrah dan pelancongan, kami sentiasa mengutamakan kepercayaan jemaah. Kami memastikan setiap aspek perjalanan — dari pendaftaran, kursus Umrah, penerbangan, pengangkutan, hingga penginapan — dikelola dengan teliti agar anda dapat fokus kepada ibadah dengan tenang.

Dengan Mutawwif berpengalaman dan berpengetahuan luas, anda akan dibimbing sepenuhnya, sama ada dalam pelaksanaan Umrah atau ziarah ke tempat-tempat bersejarah. Pasukan kami sentiasa bersedia membantu dan memastikan anda berasa selamat sepanjang perjalanan.

Maghfirah Travel bukan sekadar membawa anda ke Tanah Suci; kami ingin mencipta pengalaman yang akan kekal di hati anda. Kami percaya, setiap perjalanan adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencipta kenangan yang penuh keberkatan.

TESTIMONI

Apa Kata Mereka

Pakej Umrah Private

Maghfirah Travel turut menawarkan Pakej Umrah Private secara eksklusif untuk anda yang inginkan keselesaan dan privasi dari tiket penerbangan, penginapan di hotel, pengangkutan dan lawatan ketika menunaikan umrah. Hubungi kami di 6017-511.6180 untuk maklumat lanjut.

Maklumat Lanjut Pakej Private
KOS UMRAH

Apa yang Perlu Anda Tahu Sebelum Mendaftar?

Menunaikan umrah adalah impian setiap umat Islam. Untuk membantu anda merancang perjalanan ibadah ini , berikut merupakan panduan tentang kos dan perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan.

TIKET PENERBANGAN

Tiket penerbangan ke Jeddah atau Madinah adalah komponen utama kos umrah. Harga tiket kebiasaannya meningkat disebabkan permintaan tinggi dan kenaikan harga bahan api. Buat tempahan awal untuk secure harga sebelum kenaikan berlaku.

PENGINAPAN

Hotel yang terletak dekat dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi biasanya lebih mahal, tetapi memberikan kemudahan untuk anda beribadah. Umumnya hotel di Mekah lebih mahal tapi dengan jarak yang dekat sangat membantu lebih-lebih lagi anda bercadang untuk membawa ibu bapa atau anak kecil.

CUKAI DAN VISA

Kerajaan Arab Saudi mengenakan caj visa umrah dan mungkin ada cukai tambahan. Pastikan anda mendapat maklumat terkini tentang kos ini daripada pihak agensi.

PENGANGKUTAN

Kos pengangkutan antara lapangan terbang, hotel, dan tempat ziarah juga perlu diambil kira. Biasanya kos ini sudah termasuk dalam pakej umrah.

KADAR TUKARAN MATA WANG

Tukaran mata wang Ringgit Malaysia ke Riyal Saudi boleh mempengaruhi kos keseluruhan perjalanan anda. Sentiasa periksa kadar terkini.

Hubungi Kami

Kami di sini sedia untuk membantu anda mendapatkan maklumat yang anda perlukan tentang setiap perkhidmatan kami. Isi borang di bawah, dan izinkan kami membantu selangkah lebih dekat kepada impian anda.